Monday, 12 August 2013

Soalan Lazim

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan?
Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah lancet/jarum baru.

3) Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah?
Waktu mustajab ialah sebelah pagi dimana kita belum mengambil apa-apa makanan dan tariknya ialah tanggal 13,15,17,19 dan 21hb kalendar islam.

4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah?
Individu yang dilarang ialah wanita mengandung,wanita haid,wanita yang kerap gugur,individu yang terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan pertama.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam?
Anda dianjurkan tidak boleh makan,mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam. 

Dalil berbekam

1. Sabda Rasulullah SAW jika ada ubat dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembukannya HR Malik.

2. Telah bersabda Rasulullah SAW  tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra " kan kecuali mereka berkata, wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam. Riwayat Ibnu Majah.

3. Sabda Nabi SAW lagi, kesembuhan itu berada pada 3 hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sudutan dengan api (kay ). sesungguhnya aku melarang umat ku berubat dengan kay ( api ). Hadith Sahih Al Bukhari.


Thursday, 1 August 2013

Rawatan Berbekam
Perubatan berbekam merupakan perubatan wahyu kerana kaedah rawatan telah menjadi amalan Rasulullah SAW. Bahkan pesanan berbekam ini diterima oleh Rasulullah SAW dari para malaikat semasa perjalanan isra mikraj. Sebagai orang islam kita harus menerima kaedah rawatan ini mempunyai 1001 hikmah yang besar tentunya.





Rasulullah bersabda : 'sebaik - baik pengubatan yang kamu pergunakan menjadi ubat adalah BERBEKAM'


                               ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ) 



Hukum Berbekam

Berbekam adalah diharuskan kepada kita. menurut imam Ghazali berbekam termasuk fardu kifayah.

Mengapa harus berbekam????


1. Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dan mengandungi lebihan asid urik, urea,toksin dan sel darah merah yang rosak. 


2. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah   kulit. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. 


3. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat.


4. Kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan  menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. 


Tanda - tanda awal sel darah yang tersumbat

1. badan terasa lesu dan letih, 

2. kebas kaki dan tangan

3. Pening

4. Cepat marah & cepat bosan

5. Murung

6. Mudah mengantuk dan Mudah pitam. 


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa 

berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"

 (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)



Faedah Berbekam


1. Membuang darah kotor, darah beku dan darah berpenyakit

2. Mengeluarkan gula yang tidak diperlukan didalam darah.

3. Mengeluarkan acid uric yang tidak diperlukan didalam darah.

4. Mengeluarkan kolesterol yang berlebihan didalam darah.

5. Meringankan otot yang tegang